Anugerah.

ANUGERAH ALLAH

❤️Salam Jumaat❤️
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل محمد

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terhasil dari dalam perutnya, yang lahir daripada antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) *SUSU* yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.”
(Surah al-Nahl : 66)

Penyakit 3 serangkai *( DARAH TINGGI/ KENCING MANIS/ JANTUNG)* sangat sinonim bagi mereka yang telah berusia.

Namun tak dinafikan orang muda juga ada yang menghidapnya. AWAS!

Justeru, Kak ila nak bantu anda semua dengan SUSU C2JOY yang tinggi khasiatnya.

KENAPA?

💟 Merupakan susu *KOLOSTRUM* yang diambil 6 jam pertama dari lembu New Zealand.
💟Diperkaya *KALSIUM Tru Cal D7* yang direka khas untuk Tulang dan Gigi.
💟Menguatkan sistem *IMUN* dan merangsang *ANTIBODI* badan.
💟Sesuai untuk semua peringkat umur – *Bayi* hingga *Warga Emas*.
💟Susu C2JOY TIADA LEMAK DAN GULA

💚C2Joy diiktiraf oleh *Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)* sebagai Susu Kolostrum berstatus “High Calcium”, untuk pertumbuhan, kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi.
💚Memiliki Sijil Halal Jakim – ○ MS-1500 :2009 1020-12/2006
💚telah dipasarkan di dalam dan luar negara.
💚mula berada di FARMASI PUTRAJAYA dan bakal meletop di FARMASI seluruh negara.

Beribu-ribu PENGGUNA seluruh Malaysia telah sihat dan pulih dari menanggung pelbagai penyakit.

Anda tunggu apa lagi?

Bertindak pantas, sebelum jadi mudarat!

Hubungi segera kak ila:
https://dealerc2joyselangor.wasap.my/

Kiambang.

*KE MANA BIDUK ITU*

Kemelut Perak sudah selesai…Hari ni MB angkat sumpah.. Biduk berlalu kiambang bertaut..Air yang berkocak kembali tenang.

Ada yang tersenyum . Senyum yang puas. Ada juga senyum sumbing..Tak kurang juga senyum kambing.Istana telah beri panduan.Rakyat lega dengan keputusan.

Krisis politik di Perak akan jadi sejarah yang di kenang. Ia menjadi pengajaran betapa bernilai sebuah penyatuan. Ia iktibar berpanjangan agar kepimpinan yang menjadi ayah jangan sesekali minyak di simbah. Jadilah watak pendamai bukan menambah perisa yang meroboh ukhuwwah.

Tahniah kepimpinan PAS yang sentiasa menasihat ahli bertenang biarpun resahnya ahli tidak kepalang.

Tahniah jua buat presiden PPBM yang mampu meredakan kecewa timbalannya akibat di malukan rakan.

Tahniah juga buat Presiden Umno yang memikul beban merendahkan ego memohon kemaafan.

Demikianlah resepi penyatuan… PENGORBANAN… dan…KEIKHLASAN..

Kalau di sorot krisis ini dari awal.. Kita akan nampak watak luar dari dalam yang menjadi sumbu menyalakan perbalahan. Walaupun tersembunyi tetapi akhirnya muncul juga.

Pengajaran besar.. Serahkan urusan kepimpinan mengurus kekalutan kepada yang memimpin. Jangan ada pencatur luar yang mengarah sinetron . Ternyata.. Apabila tiga pemimpin utama bertemu.. Terhurai masalah yang membelenggu.

Biarpun pertelingkahan telah selesai, namun banyak perabut yang berserakan perlu di susun semula.Ini kerja rakan kongsi yang menyewa rumah bersama.Ketiga tiga pimpinan utama di Perak pula berperanan mengatur letak hias rumahtangga.

Umno telah dapat apa yang diingin..Jawatan MB.
PPBM yang hilang jawatan itu tentu mahukan sesuatu sebagai ganti.PAS juga yang menjadi perhatian utama sepanjang krisis juga pasti ada keinginan.Ia tak boleh dinafikan.

Ini bukan ketamakan. Tiada istilah abang besar atau adik bongsu.Apa yang berlaku kita tahu..
Ia adalah rumah yang terbina dari berlainan peranannya. Sekecil paku pun tak boleh di nafikan inikan pula dinding dan atapnya..

Kiambang telah bertaut.. Namun biduk yang berlalu perlu di tahu.. Ke mana perginya.. Milik siapa.. Agar tidak merosak lagi kiambang yang bertaut..

FHOAS
101220
IPOH